Pages

Tuesday, 13 March 2012

tanda-tanda cinta berakhir

Dalam hubungan sesebuah cinta pasti ada pasang suruhnya. Namun sekiranya anda berasakan hubungan sudah ‘KRITIKAL, cuba lihat tanda-tandanya, supaya anda tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan ataupun tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah. Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya sudah berubah.

2. Dia tidak lagi mencari kamu. Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.

3. Dia pindah rumah … tanpa memberitahu kamu Alasannya, ‘lupa’. Hmmm, ini kamu harus tanya, “Lupa atau buat lupa ?” Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu.

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi. Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan. Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.

5. Foto kamu hilang.Foto kamu yang selalunya berada didompet, di meja belajar/kerja, atau dikamarnya sudah tiada lagi Ah, kalaubegini, foto kamu tidak bererti apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.

6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya. Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah hatinya? Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.

7. Dia ‘lupa’ hari jadi kamu. Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

8. Dia banyak mendiamkan diri Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.

9. Dia sudah punya kekasih baru. Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamudan mencintai kamu.

10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir. Kalau hubungan ini secara jelas disebut SUDAH BERAKHIR oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik BERUNDUR dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.

11. Si dia selalu berkasar jika bercakap dengan anda - percakapan yng selalu menyebabkan pergaduhan atau percakapan yng menyindir peribadi kita sedangkan sebelum nie percakapanya bagai lembut gigi dari lidah....
sukee ? like jer :)

rahsia mata wanita


Rahsia mata wanita


Mata wanita bersaiz kecil
Wanita tersebut adalah seorang yang peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.




Mata wanita bersaiz sedang
Wanita tersebut adalah seorang yang sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.




Mata wanita bersaiz lebar
Wanita tersebut adalah seorang yang cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


Mata wanita selalu berkedip
Wanita tersebut adalah seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik


Mata wanita jarang berkedip
Wanita tersebut adalah seorang yang istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


Mata wanita cengkung
Wanita tersebut adalah seorang yang kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


Mata wanita redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


Mata wanita seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata.Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.









sukee ? like jer :)

Wednesday, 7 March 2012

Wanita


SAYA ingin menyatakan kekesalan saya di atas mesej yang disampaikan melalui
filem 'Perempuan Melayu Terakhir'. Secara disengajakan atau tidak, filem ini
memberi gambaran yang negatif tentang masyarakat Islam di Malaysia.


Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki Melayu yang ingin mencari
identitinya, tetapikemudiannya bertemu dengan wanita yang kononnya cuba
memelihara nilai-nilai keMelayuan yang semakin hilang. Kebetulan pula, wanita
ini bertunang pula dengan seorang 'fanatik' Islam. Keadaan sebegini tentunya
mengundang pelbagai konflik.


Saya kecewa kerana filem ini terus menampilkan watak stereotype 'ekstremis
Islam'. Ia menggambarkan seolah-olah muslimin yang mengamalkan cara hidup
Islam sentiasa cenderung ke arah keganasan dan kebencian. Apatah lagi watak
tersebut dikatakan baru pulang dari luar negara, membayangkan satu lagi imej
negatif bagi pergerakan pelajar Islam.


Lebih menggusarkan, apabila watak ekstremis tersebut cuba menghalang pelakuan
maksiat oleh watak lain, akan timbul dialog yang menghujah bahawa Islam adalah
agama yang toleran dan umat Islam tidak boleh mengadili orang lain.


Ada kalanya, watak ini nampak melucukan apabila dia bertapa di atas pokok dan
menghunuskan pedang. Saya sendiri pernah bergiat dalam pergerakan pelajar
Islam dan rakan-rakan saya kini berjaya menjadi peguam, jurutera, pendidik dan
sebagainya.


Kami tetap menyemai nilai-nilai Islam kepada keluarga dan masyarakat, tetapi
tidak pula menyebarkan kebencian dan kemarahan. Jelaslah, pembuat filem ini
tidak cuba mendampingi pergerakan Islam yang sebenarnya.


Pada pendapat saya, hukum Islam usah dikelirukan dengan isu lain. Hukum
tentang pergaulan bebas antara bukan mahram serta mendedahkan aurat telahpun
disebut di dalam al-Quran. Seseorang yang cuba menegakkan hukum Islam tidak
perlu digambarkan sebagai fanatik dan angkuh.


Pada saya, filem ini mengecewakan umat Islam yang kini menerapkan nilai-nilai
Islam dalam kehidupan harian mereka, tetapi tidak mengabaikan tuntutan ilmu
dan kemajuan. Golongan berpendidikan tinggi kini tidak lagi seperti watak
stereo type di dalam filem tersebut, yang mana mereka terlalu kebaratan dan
jahil.


Bahkan tokoh-tokoh seperti Dr. Hassan Ali menjadi contoh bahawa Islam itu
sendiri menyeru kepada kejayaan. Watak 'perempuan Melayu' itu sendiri lebih
mengundang kekeliruan. Apakah seorang wanita itu hanya dianggap 'Melayu' jika
sentiasa berpakaian kebaya dan pandai mempersembahkan
tarian tradisional?


Lebih membimbangkan, wanita tersebut sering dikuasai oleh pergolakan nafsu
hingga mendorongnya melakukan perbuatan terkutuk. Dan ini dijustifikasikan
dengan hujah bahawa nafsu itu adalah semulajadi.


Sebagai seorang muslimah, saya berasa malu sekiranya watak sebegini yang harus
dijadikan 'role-model'. Bagi saya, masyarakat kini sudah bijak menilai buruk
dan baik dalam kehidupan, dan tidak mungkin mereka terpengaruh oleh sebuah
filem.


Namun filem ini terus menampilkan imej stereotype fanatik agama yang ingin
kita kikis dan menidakkan realiti bahawa masyarakat Islam kini semakin
progresif dan menyintai kedamaian.


Bukankah lebih baik jika pembuat filem cuba mengutarakan keindahan dan
kemurniaan Islam? Selain dari itu, filem ini nampaknya tidaklah mengupas
tentang persoalan identiti tetapi lebih kepada pergolakan nafsu.


Mungkin yang boleh kita pelajari dari filem ini, umat akan terus sesat jika
gagal menghayati Islam. Dan manusia tidak akan beroleh ketenangan tanpa iman
yang kukuh, walau apapun hujah yang ditegakkannya.


Sungguh mengecewakan kerana di saat kerajaan begitu giat membincangkan isu
moral di sana sini, filem sebegini pula yang ditampilkan. Apakah kerajaan akan
membiarkan filem ini ditayangkan atas hujah 'berfikiran terbuka' dan
'kebebasan berkarya' sedangkan pendapat umum dan penceramah
agama cuba dibisukan?

sukee ? like jer :)